Photobucket

Shōjo atau Shōnen

Posted on
  • Wednesday, January 26, 2011
  • by
  • fungi freak
  • in
  • Labels: ,

  • So korang peminat Shōjo atau Shōnen?

    Korang baca manga tak? Wokeh, sila jangan silap yerk... manga disini adalah merujuk kepada comic; (dalam bahasa jepun manga=comic... dan bukannya majalah "mangga" playboy yang possing maut dkt swimming pool i2... haktuihh)

    Hah lg xmo percaya ka?! nie la majalah y penuh dgn pornography... Losser =X
    Shōjo atau Shōnen
    Manga ni terdiri dari 2 genre utama iaitu  Shōjo (少女) dan Shōnen (少年). Secara umumnya manga jenis Shōjo nie diterbitkan utk menarik pembaca remaja perempuan berumur antara 10 hingga 18 tahun. Tapi skrg nie da xde had umur dah, yang umur 40 tahun ade anak cucu pon masih ade yang layan komik. Skarang kan zaman millenium, lg pon ape nk pelik; pelukis komik pon masing2 oang dewasa ape, ade yang dah tua bangke ag huhu... Bknnye budak-budak yang lukis. So secara ringkasnya, peminat manga genre Shōjo nie selalunya dilabelkan sebagai 'gurly' iaitu khas untuk perempuan sahaja. Namun begitu, terdapat juga ramai peminat genre Shōjo adalah dikalangan lelaki. Tapi kebanyakan lelaki lebih berminat ke arah genre Shōnen.
    Shōjo manga
    cth manga Shōjo;
    Sailormoon | Cardcapture Sakura | Paradise Kiss | Fruit Basket | Honey and Clover | Nana | Zettai Kareshi |


    Shōnen pulak adalah genre comic yang sesuai untuk lelaki yang mana banyak aksi, adventure, suspense, tragic yang cube dipaparkan menerusi plot penceritaan yang menarik. Kebanyakan pengemar genre Shōnen tidak hanya tertumpu kepada remaja lelaki sahaja, malah peminat genre ini telah berkembang dengan pesatnya tidak mengira usia dan jantina. Kebanyakan pengemar genre ini sudah banyak dimonopoli oleh lelaki dewasa serta wanita atau kanak2 perempuan. Ini kerana jalan cerita yang menarik serta aksi yang mendebarkan membuatkan pembaca begitu teruja mengikuti sesuatu manga tersebut. 
    Shōnen manga
    cth manga Shōnen plak:
    Dragonball | Naruto | Bleach | Death Note | Noblesse | Fullmetal Alchemist | Midori No Hibi | Tenshi na Konamiki (Cheeky Angel) |


    Selain itu, sesuatu cerita itu tidak akan menarik sekiranya tidak ada kombinasi yang baik diantara pengarang dan pelukis comic (mangaka) itu sendri. Antara mangaka yang famous and my favorite ialah Akira Toriyama (Dragonball)| Fujiko F. Fujio (Doraemon)| Masashi Kishimoto (Naruto) | Takeshi Obata (Death Note & Hikaru No Go)


    Aku suke baca comic, sebab dengan membaca comic aku dpt mengembangkan otak aku yang semakin mengecut ini. Dengan membaca comic, aku mengenal erti kehidupan... makna kehidupan ini. Ia mengisi masa lapangku dengan lebih bermanfaat, ia juga dapat memupuk imaginasi seorang budak yang mentah seperti aku. Tapi nampaknye mak aku sama sekali tak bersependapat dengan aku. Dulu klo aku nk baca aku kene g beli buku kat kedai (tunggu la aku tiap2 bulan simpan duwet nk beli buku untuk keluaran terbaru), tp skrg dunia dah makin maju, bak kate orang Russia "dunia dihujung jari saje". Budak2 sekarang xpayah nk kumpul duwet beli buku manga nk baca, bukak tenet dah bley baca mcm2 manga plak tue.... cilakakaka tol huhu (Dunia mmg x adil! ...sedey mengenang zaman kuno dulu2 huhu T3T)

    Bila awan terbang goku vs awan nano. Encik Naga pon tarak percaya. Wakaka..
    (p/s: lumba sape paling laju)
    Manga y paling aku minat mase kecik2 dulu ialah Dragonball & Dragon Quest. Mase darjah 6, buku last Dragonball, jilid no 42 released. Perghhh!!!.
    So, skrg nie klo aku nk bc manga online, aku g kt Mangafox,and manga.animea.


    ..::Powerful Words Of The Day::..



    Share


    2 comments:

    Abang Bulat said...

    aku xtau plak manga pon ade class tersendiri..
    btw, benda ni menambah knowledge aku...


    P/s: aku pilih shonen~ =)

    fungi freak said...

    aku pon tee hehee....

    p/s: tp mase kecik2 aku mmg layan abes cardcapture sakura n sailoormoon.. tp y aku senaraikan suma aku bc wakakaka...

    Post a Comment