Moyashimon (もやしもん), Si Microbes yang comel

Posted on
  • Friday, January 14, 2011
  • by
  • fathiah
  • in
  • Labels:

  • Entri aku pada kali ini adalah mengenai Moyashimon (もやしもん), iaitu siri animasi (anime) jepun yang best mengenai microorganisma. Aku baru sahaja habis menonton anime ini, yang ianya juga sudah lama bersawang di dalam hardisk laptop aku dan tidak menarik minat aku untuk menontonnya. Hinggalah pada suatu hari (iaitu 4 hari yang lepas), dimana segala mak nenek cerita dan movie yang ada didalam laptopku telah habis ku tontoni. Akibat daripada kebosanan yang melampau, tiba-tiba aku terlihat satu folder yang bernama 'Moyashimon'. So apa lagi aku pon bukak la, dan aku pun layan. Uhm, best jugak ya cerita anime nie, ingatkan bosan sangat.


    Yang sangat menarik minat saya mengenai cerita anime ini ialah fakta yang ditonjolkan adalah benar. Nama saintifik microorganisma dan jenis-jenisnya juga dihuraikan di dalam anime ini. Pendek kata, dengan menonton anime Moyashimon ini, anda akan mendapati yang anda telah mengenali banyak jenis microorganisma yang sangat biasa terdapat di sekitar kita. Hanya berbekalkan 10 episode sahaja, cerita ini pastinya tidak akan mengecewakan anda, terutamanya kepada pecinta-pecinta microbes ini. (Budak-budak microbiology mesti suke citer neh hahahaha...) =P

    Yang ini Moyashimon (Live Action) dalam Siri Drama Jepun


    ..::Powerful Words Of The Day::..

    0 comments:

    Post a Comment